Saturday 9 June 2012

KAMI AKAN KEMBALI LAGI!!!

Salam perkenalan buat semua.

Kami langsung tidak menduga yang entry kami sebelum daripada ini telah mencetuskan kontroversi yang begitu hangat di dalam UKM. Buat kalian yang mendapat nama buruk daripada entry kami, kami memohon maaf di atas perkara tersebut. Walaubagaimanapun,kami memandang perkara itu dari sudut yang positif iaitu masyarakat kampus telah mula mengenali kami. Prinsip kami jelas untuk menegakkan kebenaran dan menumbangkan kezaliman. Kami adalah warga UKM yang sentiasa merindukan keamanan dan kesejahteraan  di segenap inci dan penjuru perbukitan ilmu ini. Rasa cinta dan rindu ini mendorong kami untuk terus cakna dengan setiap isu yang berlegar di dalam kampus.


Kami sedar yang sekarang adalah musim peperiksaan akhir semester, jadi kami mengucapkan selamat menghadapi peperiksaaan akhir dengan jayanya. Zaman kami di dalam kampus telah berakhir dan kini merupakan era kalian untuk teruskan perjuangan melakar sejarah dalam UKM. Ingin kami tegaskan sekali lagi, KAMI AKAN KEMBALI LAGI!!!

Perubahan demi Kebenaran !!!

Monday 12 March 2012

Gendang PRK dipalu, ASPIRASI mulakan taktik lama ?

Seawal jam 8 pagi, di sekitar fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, bertebaran risalah yang diletakkan logo 2 buah organisasi Mahasiswa terbesar dalam arena politik kampus, iaitu Gabungan Mahasiswa dan Aspirasi. Risalah 1 halaman ini memuatkan 4 point of view, yang secara fokusnya menyentuh berkenaan dengan pergerakan Badan Induk Mahasiswa, PMUKM.


Penelitian wakil media telefonawam mendapati, gaya penulisan dan ayat yang digunakan didalam artikel ini mirip dan seakan satu " pattern " dengan risalah dan penulisan team - team media Aspirasi, khususnya di UKM. " Walaupun artikel yang ditulis cuba ditampilkan imej neutral, namun masih jelas "SIAPA" dibelakang helaian tersebut ", kata seorang Mahasiswa Tahun 3 daripada PESEPI, yang tidak mahu namanya didedahkan.
Pertembungan artikel dan risalah antara GMUKM dan Aspirasi memperlihatkan mesej yang jelas kepada seluruh Mahasiswa UKM, walau apa pun isi kandungan dan matlamat penulisan tersebut, apa yang sangat jelas adalah signal bahawa  PRK sudah semakin hampir, lantaran daripada gendang PRK yang semakin kuat dipalu mutakhir ini.

Namun, penulisan dalam artikel paling segar untuk hari ini, kelihatan agak tidak intelek kerana bahasa dan penggunaan ayat yang agak terkebelakang, seolah - olah tidak tahu perkembangan semasa, dan masih termakan dengan gaya politik yang tidak telus, sekaligus mencerminkan imej sebenar di sebalik risalah " peminat jastin bibir " tersebut. Cuba rujuk di sini, adakah mirip, gaya ayat dan penulisan mereka?

Bagi pihak mahasiswa, adalah diharapkan agar perjalanan PRK yang mungkin akan berlansung dalam masa terdekat, yang dikhabarkan antara 19 Mac hingga 24 Mac ini berlansung dalam suasana politik kampus yang terbaik, tanpa ada permasalahan dan pertikaian yang berlaku seperti tahun - tahun sebelum ini. Juga amatlah diharapakan, sikap ketidakmatangan dalam menguruskan perjalanan PRK, yang dilihat bias dan memihak kepada pihak tertentu, tidak diulangi lagi.

Misalnya calon PROJEK JASA yang disayangi, Saudara Kamal Ali dan kuncu - kuncunya yang sangat "SELESA" dengan layanan pihak kolej terutamanya, adalah suatu yang baik, namun LEBIH BAIK andai SEMUA CALON mendapat layanan dan hak yang sama, termasuk dalam urusan berkempen, edaran risalah kempen dan sebagainya. Kalau ada peruntukan khas untuk semua calon yang bertanding, menarik juga. macam gambar di bawah ini :


Beberapa perkara yang boleh di highlight dalam surat ini adalah :

1) Barisan Nasional MENGAKUI bahawa Aspirasi adalah PROKSI BN di dalam kampus. Namun, kenapa Aspirasi menafikan???

2) "Aspirasi mendapat kemenangan dalam apa jua cara sekalipun" Kenyataan KERAS yang memungkinkan segala penipuan dan manipulasi berlaku ? anda mampu menilainya sendiri !

3) ASPIRASI = UMNO BARISAN NASIONAL ! pembawaan sama, Matlamat menghalalkan cara, Hukum Tuhan campak ketepi demi matlamat peribadi ? RUJUK (2) dan nilailah bersama !

Pengakhiran untuk pusingan pertama ini, ASPIRASI UKM diharap dapat bertindak dengan lebih profesional dan telus untuk PRK kali ini, bagi menangkis dan menafikan perkaitan ASPIRASI UKM dengan UMNO BARISAN NASIONAL. Menunggu gelombang PRK kampus yang semakin bergelora ini berlaku secara "REAL TIME". Ayuh Mahasiswa, Suburkan Demokrasi di Kampus UKM !

Suara Mahasiswa, Suara Keramat !!!