Saturday 9 June 2012

KAMI AKAN KEMBALI LAGI!!!

Salam perkenalan buat semua.

Kami langsung tidak menduga yang entry kami sebelum daripada ini telah mencetuskan kontroversi yang begitu hangat di dalam UKM. Buat kalian yang mendapat nama buruk daripada entry kami, kami memohon maaf di atas perkara tersebut. Walaubagaimanapun,kami memandang perkara itu dari sudut yang positif iaitu masyarakat kampus telah mula mengenali kami. Prinsip kami jelas untuk menegakkan kebenaran dan menumbangkan kezaliman. Kami adalah warga UKM yang sentiasa merindukan keamanan dan kesejahteraan  di segenap inci dan penjuru perbukitan ilmu ini. Rasa cinta dan rindu ini mendorong kami untuk terus cakna dengan setiap isu yang berlegar di dalam kampus.


Kami sedar yang sekarang adalah musim peperiksaan akhir semester, jadi kami mengucapkan selamat menghadapi peperiksaaan akhir dengan jayanya. Zaman kami di dalam kampus telah berakhir dan kini merupakan era kalian untuk teruskan perjuangan melakar sejarah dalam UKM. Ingin kami tegaskan sekali lagi, KAMI AKAN KEMBALI LAGI!!!

Perubahan demi Kebenaran !!!

No comments:

Post a Comment