Thursday 8 March 2012

Dialog Isu PTPTN antara Mahasiswa dan Pegawai PTPTN

Tepat jam 3:00 pm, 8 Mac 2012 bertempat di Auditorium Siswa, Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pertemuan antara Mahasiswa UKM dengan Para Pegawai daripada PTPTN, Jabatan Bendahari UKM dan turut serta, Pegawai JASA daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk memperjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan dikalangan Mahasiswa UKM, khususnya pelajar Tahun Akhir berkaitan dengan PEMOTONGAN WPP ( Wang Pendahuluan Pengajian ) bernilai RM 500, yang dikatakan telah dipotong melebihi jumlah pinjaman asal, iaitu RM 1500.


Perkara ini menjadi perhatian kerana terdapat beberapa isu yang menimbulkan keraguan, antaranya termasuklah isu pelajar yang lansung tidak mendapat wang pinjaman seperti yang dijanjikan, pemotongan wang didalam akaun telah dilaksanakan, tetapi turan masih tidak ditolak, pelajar yang mendapat biasiswa dariapda JPA, tetapi mendapat surat tuntutan pembayaran pinjaman PTPTN bernilai RM 21,000 walaupun tidak meminjam, dan beberapa isu lain yang dibangkitkan semasa dialog tersebut. Perkara ini menjadi perhatian serius, khususnya di UKM.

Pihak PTPTN telah memberikan penjelasan berkenaan dengan Isu Utama, iaitu isu pemotongan Wang Pendahuluan Pengajian bernilai RM 1500, yang didakwa telah berlaku pemotongan melebihi jumlah pinjaman. Menurut pihak PTPTN, pemotongan sebenarnya berlaku dengan tidak berkala, iaitu tidak dilakukan pada setiap semester, maka terdapat salah anggap di peringkat Mahasiswa bahawa berlaku lebihan pemotongan, walhal ianya tidak berlaku.

Berdasarkan penerangan daripada wakil PTPTN, pemotongan tidak berkala tersebut berlaku, misalnya pemotongan pada sem 2,3 dan 6, dan bukan 2,3 dan 4 seperti yang didakwa oleh Mahasiswa UKM, katanya. Pihak PTPTN juga mencadangkan agar mahasiswa medapatkan "Statement Bank" daripada Bank Islam bagi membuktikan pemotongan yang berlaku adalah telus dan tidak berlaku sebarang isu lebihan pemotongan mahupun manipulasi, seperti yang didakwa.

Turut menjadi persoalan diperingkat Mahasiswa, adalah berkaitan dengan isu Pemotongan ini hanya berlaku di UKM sahaja, dan tidak di Universiti lain. Pegawai daripada PTPTN menjelaskan yang hal ini turut berlaku di Universiti lain, tetapi telah diselesaikan melalui panggilan telefon yang dibuat oleh para pelajar yang terlibat, terus kepada mereka. Namun, maklumat yang diperolehi oleh mahasiswa kelihatan sebaliknya, seperti yang dimaklumkan kepada sumber.

Selepas selesai taklimat yang diberikan ini, rata - rata pelajar masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan kerana maklumat yang kurang jelas serta isu dan permasalahan ini seolah - olah dialihkan kepada pihak lain, antaranya Bank Islam dan Jabatan Bendahari. Maka selepas sesi dialog, masih ramai Mahasiswa yang turun untuk berjumpa secara bersemuka dengan pegawai PTPTN yang hadir untuk mendapatkan penjelasan secara peribadi.

Antara masalah lain yang berlaku adalah kekurangan maklumat seperti salinan transaksi daripada Bank Islam khususnya, yang menyebabkan penjelasan lanjut tidak dapat dilaksanakan padar kadar segera oleh Mahasiswa semasa perjumpaan tersebut. Maklumat lanjut selepas pengemaskinian Penyata Bank daripada Bank Islam oleh mahasiswa - mahasiswa UKM, makluamat dan perkembangan terbaru akan diupdate dari masa kesemasa selepas ini untuk memastikan bahawa benar, tidak berlaku pemotongan berlebihan dan pelbagai isu lain seperti yang dibangkitkan di sepanjang perjumpaan dua hala pada petang tadi, atau sebaliknya yang berlaku.

Tunggu penjelasan dan update seterusnya....

No comments:

Post a Comment