Friday 9 March 2012

FESSAT di KTHO ada ansir UMNO ?

Festival Sanjungan Satria FESSAT yang di anjurkan oleh Kolej Tun Hussien Onn sepanjang minggu ini meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Disamping gerai jualan barangan keperluan seperti baju, kasut dan lain - lain, turut memenuhi ruangan tapak gerai adalah gerai makanan yang menawarkan pelbagai juadah untuk dinikmati. Pengunjung yang turut hadir bagi sama - sama memeriahkan majlis ini juga, agak memberansangkan dari segi bilangan yang hadir.

Jumaat, 09 Mac 2012 adalah tarikh perasmian FESSAT bagi sesi kali ini. Majlis perasmian yang diserikan dengan pelbagai persembahan, dan kehadiran penonton yang ramai serta ditambah lagi dengan aksi ROTU PALAPES UKM yang menarik, menceriakan suasana pada Majlis Perasmian yang berlansung kira - kira 3 jam sebentar tadi. Persembahan bunga api merupakan gimik perasmian yang menarik, dan mendapat perhatian para tetamu.

Pengisian yang agak menarik ini sedikit terjejas pada pemerhatian wakil media kami apabila melihat Banner yang dipasang di atas Pentas Utama. Tertera nama perasmi dan jawatan semasa beliau dan perkara inilah yang menarik perhatian. Dipaparkan dengan jelas Jawatan beliau selaku AHLI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR ! Perkara ini kelihatan agak janggal kerana selama ini, pihak universiti kelihatan lantang menghalang Mahasiswa daripada mempunyai sebarang keterlibatan dengan mana - mana organisasi politik kepartian di luar.

Slogan KAMPUS BEBAS POLITIK KEPARTIAN seperti yang dicanang selama ini, kelihatan hanya berfokus kepada parti tertentu mungkin, kerana jika tidak, masakan begitu mudah dan gahnya, tertera perkataan " AHLI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR ". Perkara ini kelihatan sedikit janggal, kerana komitmen pihak yang bertanggungjawab seolah - olah tidak selari dengan laungan dan "akidah" mereka selama ini yang melarang Mahasiswa daripada menunjukkan sokongan, bangkangan simpati atau apa jua bentuk perlambangan yang memberi isyarat bahawa adanya unsur memihak kepada satu - satu pihak. *( semak AUKU perkara 15 )

gambar bukti UMNO di FESSAT

Adalah diharapkan agar pihak universiti dan Kerajaan umumnya agar lebih cakna dengan perkara ini, supaya kelihatan adil dan telus, kata - kata bergerak seiring dengan perlaksanaan! Diharap agar isu ini tidak lagi berulang, kerana kerap kali berlaku isu, khususnya membabitkan perkaitan parti politik luar, dengan kampus UKM tercinta. Perkara ini bagi mengelakkan komplikasi dan masalah yang lain pada masa akan datang.

Suara Mahasiswa Suara Keramat!

No comments:

Post a Comment